Ahad, 25 Mei 2014

SARANA IBU BAPA

Ceramah  interaktif ini bertujuan membantu pihak sekolah melaksanakan program Sarana Ibu Bapa. Peserta, khususnya ibu bapa akan didedahkan pada beberapa sapek  keperluan sarana di rumah dalam usaha membantu anak-anak belajar dengan berkesan. Aspek keperluan asas, komunikasi berkesan dan aspek psikologi yang lain  uturt dibincangkan dalam ceramah ini.

Isnin, 5 Mei 2014

PENGURUSAN MASA BERKUALITI: TEORI & PRAKTIS


Ceramah interaktif (2-3 jam) ini membimbing peserta agar sedar dan dapat menguruskan masa yang sangat berharga secara berkesan. Peserta akan diuji tentang pengurusan masa harian mereka, mengenal pasti kelemahan diri, dan didedahkan dengan kaedah pengurusan masa yang berkesan serta amalan-amalan yang dapat membantu peserta mendisiplinkan diri. Antara teknik yang sangat penting ialah ‘teknik apresiasi’ yang diciptakan khas. Setiap orang mempunyai jadual waktu tenaga yang berbeza. Ada  antara kita yang merupakan “orang pagi”. Ada pula yang “orang petang”, ada  yang “orang malam”, ada yang “orang tengah malam”.  Satu  antara kunci  pengurusan masa yang lebih baik, yang lebih berkesan adalah menemukan waktu   keberadaan tahap tenaga itu berada pada “tahap prima” atau “tahap maksimum” dan merancang  untuk mengerjakan tugasan  yang paling kompleks pada waktu prima tersebut.
Siapa yang perlu hadir? Sesiapa juga yang berminat untuk menguruskan masa dengan lebih berkesan, khususnya pelajar, penjawat awam, dan mahasiswa.

Sabtu, 9 Mac 2013

KEMAHIRAN BERFIKIR: PETA PEMIKIRAN

TEKNIK KEMAHIRAN BERFIKIR – PETA PEMIKIRAN (MIND MAPING)

Satu kaedah kemahiran berfikir yang telah lama digunakan oleh negara-negara luar, dan kini guru-guru digalakkan untuk menggunakan teknik itu dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Insya-Allah dengan teknik ini murid/pelajar akan berupaya berfikir secara sistematik dan berkesan; mereka tidak lagi menghafal dan seterusnya “gagal” menjadi manusia yang berfikir kreatif, kritis, inovatif. Dalam pembelajaran dan pengajaran di kelas, guru seharusnya menguasai teknik Peta Minda ini Peta Bulatan, Peta Buih, Peta Buih Berganda, Peta Pokok, Peta Dakap, Peta Alir. Peta Pelbagai Alir, dan Peta Titi.
Insya-Allah kami akan membantu mana-mana sekolah yang berminat untuk mengadakan LDP untuk guru-guru berkaitan dengan Kemahiran Berfikir – Peta Pemikiran.

Sabtu, 26 Februari 2011

MOTIVASI KEUSAHAWANAN

Usahawan: Perjalanan Seribu Liku

Ingin menjadi usahawan atau jutawan? Kenali diri anda! Kenali dan pelajari perjalanan seribu liku, dengan selekoh maut yang sering menanti anda. Teori, pengetahuan dan pengalaman ialah resipi kejayaan usahawan, selain jati diri dan kreativiti yang kukuh. Mari kita pelajari ilmu keusahawanan, kita berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

Selasa, 19 Januari 2010

PERANAN IBU BAPA

MEMBONGKAR RAHSIA ANAK CEMERLANG (Kod: PIB 202)
( 2 – 3 jam: Ceramah interaktif)


Ceramah PERCUMA ini bertujuan memotivasikan peserta agar mereka mempunyai azam dan iltizam untuk melaksanakan peranan dan tanggungajwab sebagai ibu, bapa dan penjaga yang lebih baik, berkualiti, dan berwibawa. Penekanan strategi dari aspek biologi, psikologi, budaya dan keagamaan didedahkan kepada peserta dalam ceramah ini.
Beberapa rahsia/petua, misalnya untuk menangani masalah anak-anak degil, tidak akur nasihat ibu bapa, anak lari dari rumah. Ketahui juga, mengapa anak-anak tiada tumpuan belajar, tidak minat belajar, tidak minat membaca; dan ketahuilah cara untuk mengatasinya. Peserta juga akan didedahkan dengan ujian otak kanak otak kiri dan teknik mengaktifkan otak kiri/kanan yang diasaskan oleh penceramah.

IBU BAPA CEMERLANG, ANAK TERBILANG

Ibu Bapa Cemerlang, Anak Terbilang (Kod:PIB 200) PERCUMA
( 2 – 3 jam: Ceramah interaktif)


Ceramah PERCUMA ini bertujuan menyedarkan dan memotivasikan peserta agar mereka sedar akan tanggungjawab dan peranan terhadap pendidikan dan kejayaan anak-anak.Peserta didedahkan tentang keperluan anak-anak dari segi fisiologi,psikologi, budaya, sosial, keagamaan dan pendidikan. Lima ciri psikologi ibu bapa yang berjaya juga diketengahkan dalam ceramah dan sesi soal jawab yang dibantu dengan penggunaan multimedia yang berkesan dan menarik.