Selasa, 5 Februari 2019

LIMA FORMULA KECEMERLANGAN

WACANA MOTIVASI KECEMERLANGAN

MASA: 2 JAM
PESERTA: UMUM /IBU BAPA/PELAJAR

Ceramah interaktif ini bertujuan menyemai jiwa cemerlang dalam kalangan peserta. Peserta akan didedahkan dengan teknik/cara untuk mengubah pemikiran/sikap dan tindakan menerusi  amalan-amalan yang berikut:  

-          Praktis Pemikiran Positif
-          Praktis Monolog Transformasi Minda
-          Praktis Biologi Cergas Cerdas
-          Praktis Daya Fokus
      Praktis Al-Fallah



BENGKEL TRANSFORMASI MINDA

BENGKEL selama dua jam ini disediakan khas untuk menyemai kecemerlangan dalam minda/jiwa peserta. Sesuai dan praktikal untuk semua kategori (pelajar, anak-anak, ibu bapa, kakitangan kerajaan/swasta). tanpa mengira peringkat umur. 
Peserta akan menjalani praktis minda menggunakan modul "MONOLOG TRANSFORMASI MINDA"   yang dicipta khas oleh pembimbing. Insya-Allah modul ini dapat dimanfaatkan secara praktis untuk mengubah sikap, perangai atau pemikiran seseorang secara psikologi berdasarkan teori Hukum Tarikan (Law of Attraction) dan falsafah niat  sebagaimana yang tersebut dalam hadis. Jika ada sesiapa yang ingin mengubah perangai/sikap/pemikiran sendiri, anak-anak, murid, pekerja dll.... boleh berhubung dgn kami. 


BENGKEL PEMBELAJARAN & PENGAJARAN DIGITAL

UNTUK MURID DAN GURU
Bengkel Pembelajaran Digital dalam konteks ini akan dilaksanakan menggunakan Platform Pembelajaran i-Learning (i-LearnAce). Bengkel berlangsung selama dua jam untuk sekolah rendah dan menengah.
MATLAMAT
1.      Membantu usaha murid mencapai prestasi cemerlang dalam akademik.
2.      Menyediakan ruang dan peluang kepada murid agar mencapai tahap pembelajaran yang maksimum dan berkesan.
3.      Membantu pihak sekolah mencapai sasaran prestasi tertinggi dalam akademik.

OBJEKTIF

1.      Membantu murid mendapatkan bahan pelajaran dengan mudah dan berkualiti.
2.      Membantu murid belajar dengan kaedah yang sesuai, terkini,  menarik minat dan lebih berkesan.
3.      Menyediakan bahan belajar, ulang kaji dan latih tubi yang lengkap, merangkumi tajuk-tajuk sekolah rendah dan menengah.
4.      Membantu memudahkan  kerja-kerja guru dalam penyediaan nota dan latihan serta penyemakannya, dan pemantauan prestasi murid.
5.      Membantu ibu bapa memantau dan melibatkan diri dalam pembelajaran anak-anak.













MOTIVASI PAGI BERSAMA PELAJAR PRA-U

Catatan kelmarin 21/10/2018: Dalam masa sejam dimintanya saya menyampaikan ceramah motivasi kpd pelajar-pelajar Pra-U di Sek Men Tinggi Segamat. Harap-harap dua tip untuk menjadi insan cemerlang yang saya sampaikan kepada mereka ada manfaatnya.