Ceramah interaktif ini bertujuan
membantu pihak sekolah melaksanakan program Sarana Ibu Bapa. Peserta, khususnya
ibu bapa akan didedahkan pada beberapa sapek
keperluan sarana di rumah dalam usaha membantu anak-anak belajar dengan
berkesan. Aspek keperluan asas, komunikasi berkesan dan aspek psikologi yang
lain uturt dibincangkan dalam ceramah
ini.
Ahad, 25 Mei 2014
Isnin, 5 Mei 2014
PENGURUSAN MASA BERKUALITI: TEORI & PRAKTIS
Ceramah interaktif (2-3 jam) ini membimbing
peserta agar sedar dan dapat menguruskan masa yang sangat berharga secara
berkesan. Peserta akan diuji tentang pengurusan masa harian mereka, mengenal
pasti kelemahan diri, dan didedahkan dengan kaedah pengurusan masa yang berkesan
serta amalan-amalan yang dapat membantu peserta mendisiplinkan diri. Antara teknik
yang sangat penting ialah ‘teknik apresiasi’ yang diciptakan khas. Setiap orang
mempunyai jadual waktu tenaga yang berbeza. Ada
antara kita yang merupakan “orang pagi”. Ada pula yang “orang petang”,
ada yang “orang malam”, ada yang “orang
tengah malam”. Satu antara kunci
pengurusan masa yang lebih baik, yang lebih berkesan adalah menemukan
waktu keberadaan tahap tenaga itu
berada pada “tahap prima” atau “tahap maksimum” dan merancang untuk mengerjakan tugasan yang paling kompleks pada waktu prima
tersebut.
Siapa yang perlu hadir? Sesiapa juga yang berminat untuk menguruskan masa dengan lebih berkesan, khususnya pelajar, penjawat awam, dan mahasiswa.
Langgan:
Catatan (Atom)